kongsi cerita2 menarik

Thursday, January 20, 2011

Irwansyah tak sempat cuti selepas kahwin

Empat hari bernikah, Irwansyah sudah kembali bekerja bagi mempromosikan filem terbarunya Love Story Selasa lalu. Dia bernikah dengan Zaskia Sungkar pada 15 Januari lalu dalam satu majlis yang meriah.
Tak sempat nak berbulan madu dulu ke. Maklumlah filem itu bakal menemui penonton dalam masa terdekat. Zaskia turut menyokong sang suami dengan hadir pada majlis promosi filem itu di Planet Hollywood, Jakarta.
Dalam dalam filem ini, Irwan kembali bercinta dengan mantan pacarnya, Acha Septriasa. Bagi kedua-duanya, inllah filem terakhir mereka. Mereka tidak mahu berganding lagi kerana tak mahu timbul cerita kurang enak.
"Mungkin ini filem terakhir buat kita berdua. Jadi kita pasti akan kecewa kalau hasilnya nanti tidak baik. Kerana itu aku harapkan peminat akan menerimanya. Kami sudah berlakon sepenuh hati," kata Acha.
Irwan juga mengakui telah berusaha memastikan filem cinta romantik lakonan mereka akan mendapat sambutan hangat.
"Kita berusaha untuk mengetepikan semua (masalah) untuk filem ini. Kita mahu mengerjakan filem ini secara penuh hati kerana ini filem terakhir buat kita berdua," ujar Irwansyah pula.
Dalam Love Story Acha dan Irwan memang tampil begitu mesra seperti pasangan kekasih yang sedang dimabuk cinta. Kedua-duanya tak menjaga jarak sedikit pun.
"Kita sudah saling mengerti bahawa di filem pasti harus profesional. Lagi pula ini filem terakhir, mainnya harus bagus," ujar Acha.

Zaskia tidak tersinggung apabila menonton filem tersebut semasa diadakan tayangan perdana. Sebagai artis dia faham tugas suaminya yang bermain filem.
"Yang namanya filem itukan ada adegan tertentu yang romantis. Menurut saya, itu biasa dan saya harus berjiwa besar menerimanya," kata Zaskia.
Dalam filem ini Irwansyah berlakon sebagai Galih, lelaki yang realistik yang tinggal di desa bersama ibunya seorang tukang jahit. Galih kemudian memutuskan untuk pindah ke Bandung. Namun selang beberapa waktu akhirnya Galih memutuskan kembali ke kampung itu untuk melamar Rantih.
Sebelum melamar dia ingin Rantih percaya bahawa cinta bisa mengalahkan mitos-mitos itu.
"Iya karakter Galih di sini sangat unik namun memiliki kemahuan dan rasa cinta yang besar terhadap Rantih. Awalnya saya belum diajak dan dilibatkan dalam filem ini. Pengarahnya, Mas Hanny banyak casting pelakon lain juga dan akhirnya saya dipilih. Alhamdulillah saya diberi kepercayaan," kata Irwan.
Puji Zaskia di dapur
Usia pernikahan mereka baru berjalan kurang seminggu, tapi Irwansyah sudah merasakan nikmatnya berumah tangga.
“Sekarang ada orang melayan, tentu enak saja,” kata Irwan apabila ditanya kondisi selepas bergelar suami.
Sambung Irwan, saat bangun tidur, sudah tersedia nasi goreng untuk sarapannya. Pastinya beza sewaktu dia hidup membujang.
“Bangun tidur... sudah dihidangkan nasi goreng. Dia pintar masak juga tau,” puji Irwan pasal nasi goreng Zaskia.

No comments:

Post a Comment