kongsi cerita2 menarik

Saturday, April 21, 2012

BURUNG HELANG


 


Assalamualaikum,

Setelah aku mengkaji terdapat kebaikan sifat-sifat burung helang yang jarang kita ketahui, walhal kita jarang melihat burung tersebut. Kalau korang perasan kenapa tentera Amerika meletakkan gambar burung helang pada logo tentera mereka? Sudah tentu ada kebaikan yang tersirat di sebalik logo burung helang.

Antara kebaikan sifat-sifat burung helang ialah berani, yakin dan bijak bertindak. Betul ke ni? Teruskan membaca ye.

1. Berani: Burung helang memiliki sifat berani yang sangat tinggi, contoh cuba korang lihat di mana burung tu buat sarang. Sudah tentu di puncak gunung yang tinggi. Peh... belum ada binatang berani buat sarang di puncak gunung yang tinggi.

2. Yakin: Selepas buat sarang di puncak gunung, sudah tentu dia akan bertelur dan bakal menimang cahaya mata. Selepas anak burung menetas dan semakin membesar, si ibu burung tersebut tidak mengajar anaknya terbang. Apabila sampai tahap yang dijangkakan, si ibu akan menyepak (Free kick) anaknya jatuh dari sarang yang tinggi tadi, tetapi si ibu yakin anaknya akan terbang semula naik ke atas. Ternyata anaknya naik semula ke sarang. Begitulah keyakinan burung helang.

3. Bijak Bertindak: Ketika burung helang terbang dalam cuaca hujang, burung tersebut tidak mengalami kebasahan. Apa pulak tak basah? Dia guna baju hujan ke? Sebenarnya burung helang akan terbang di atas awan semasa cuaca hujan. Kalau terbang bawah awan dah tentu kena hujan.

Ok ye, stakat tu sahaja cerita pasal burung helang, esok lusa masuk bab burung punai pulak...ha ha gurau je. Jika korang merasakan cerita ini berfaedah, korang boleh klik LIKE atau copy dan tak perlu minta izin daripada aku. Sekian terima kasih.

tahu tak anda, burung apakah paling panjang umurnya? Jeng,jeng, jeng, rasanya semuanya boleh jawab pasal dah ada kat tajuk. Ini nak ceritakan bahawa helang ini umurnya 70 tahun. Entah-entah lahir sama kita, kita yang mati dulu. Walaupun umurnya panjang tetapi keputusan itu dibuat semasa umurnya 40 tahun. Rupanya ada rahsia semasa berumur 40 tahun. Patutlah orang-orang tua kata, umur dah 40 tahun tue berubahlah, kalau malas solat, rajin-rajinkanlah. Yang baca ini umur 40 tahun tak?

Semasa umur 40 tahun burung helang perlu memilih antara 2, satu hidup lagi selama 30 tahun atau tunggu mati. Kenapa? Bila umurnya 40 tahun, kukunya sudah tumpul, kontot. Paruhnya dah terlalu panjang dan kadang-kadang ada yang dah hampir bertemu dada. Nak terbang berat kerana sayapnya berat dengan bulu yang banyak. Maka, untuk terus hidup dia perlu bermujahadah, berkorban dan menderita. Membuat perubahan yang memerlukan keberanian dan kesabaran yang tinggi. Burung helang tadi akan pergi ke bukit yang tinggi dan duduk di satu tempat di kawasan yang berbatu. Mula-mula dia akan mematuk batu sehingga paruhnya tercabut. Kemudian dalam masa 120 hari ia terpaksa tunggu paruhnya tumbuh. Setelah tumbuh ia akan mengunakan paruhnya untuk mencabut kukunya satu persatu… oohhhhhh. Bayangkan kuku kaki kita tercabut.. bagaimana? Kalau kuku kita dicabut? Subhanallah. Setelah selesai tunggu lagi sehingga kukunya tumbuh. Boleh sambung lagi? Jangan baca cerita ini sambil makan nasi.

Selepas itu, setelah kukunya tumbuh ia akan gunakannya untuk mencabut bulu-bulu dibadannya. Selepas 5 bulan bulunya tumbuh dan dia kembali kuat dan hebat meneruskan hidupnya selama 30 tahun. Subhanallah… kenapa helang begitu berani dan sanggup menghadapinya. Kerana kebenaran, bahawa selepas semuanya, hidupnya masih ada 30 tahun.

Bagaimana dengan kita, adakah berani dan sabar kita menanggung kesusahan ujian daripada Allah? Kita meningkat atau semakin lemah? Keberanian ini datang daripada kebenaran, dan kebenaran datang daripada pengetahuan. Sebab itu kita belajar untuk menjadi insan yang hebat dengan bersedia berubah, menanggung risiko. Bukan berani membabi buta membuta tuli, tetapi dengan belajar dan niat untuk kebenaran.
http://pilihan.files.wordpress.com/2008/04/eagle1.jpg?w=450&h=390


No comments:

Post a Comment