kongsi cerita2 menarik

Saturday, April 21, 2012

Tarikan helang

Setiap tahun, kira-kira 20,000 ekor burung pemangsa berlegar sekitar Tanjung Tuan dalam tempoh dua minggu

JERITAN burung bergema di angkasa. Bukan seekor dua, tetapi puluhan ekor terbang berkelompok. Jika bernasib baik, angka ini mencecah ratusan ekor.

Bukan sebarangan burung. Menyaksikan burung pemangsa seperti helang di Tanjung Tuan amat menakjubkan. Jika pada waktu lain, burung ini terbang tinggi di langit, tetapi ketika ini jika bernasib baik tanpa menggunakan teropong pun boleh menyaksikannya.
Inilah keunikan Tanjung Tuan yang menjadi pilihan burung pemangsa berkunjung setiap tahun. Dulu fenomena ini kurang disedari, tetapi kebelakangan ini, acara melihat burung pemangsa menjadi tarikan utama melewati sempadan.

Tanjung Tuan persinggahan burung pemangsa

SETIAP tahun antara Februari hingga April, Tanjung Tuan, menerima tetamu istimewa yang menjadikan tanah tinggi menghadap Selat Melaka sebagai destinasi terkenal di kalangan pencinta burung seluruh dunia
Tetamu bergelar raja di udara, burung pemangsa (raptor) singgah di tanjung ini ketika dalam perjalanan pulang ke hemisfera utara.

Inilah bukti keagungan Tuhan, haiwan hebat ini tahu apa yang hendak dilakukan untuk meneruskan kehidupan.

Selepas tempoh mengawan pada akhir musim panas, kebanyakan burung, termasuk pemangsa meninggalkan hemisfera utara, meliputi wilayah Siberia di Russia, Mongolia dan China, ke hemisfera selatan di Asia Tenggara yang kaya dengan makanan.

Apabila musim bunga tiba, haiwan ini kembali ke hemisfera utara untuk melengkapkan kitaran kehidupan.
Walaupun waktu penghijrahan berbeza mengikut spesies burung, kebiasaannya penghijrahan ke hemisfera selatan berlaku antara September hingga November (musim luruh) dan kembali semula ke utara antara Mac hingga Mei (musim bunga).

Ketika pulang ke hemisfera utara dari Sumatera, Tanjung Tuan seperti namanya, sebuah tanjung di Semenanjung Malaysia yang menghadap Pulau Rupat, Sumatera, adalah tempat persinggahan wajib burung pemangsa.

Mengapa Tanjung Tuan menjadi pilihan sedangkan banyak kawasan lain yang mempunyai ciri fizikal sama seperti tanjung ini. Mengikut maklumat Projek Kajian Migrasi Raptor Asia, tempat persinggahan burung pemangsa tidak berubah sejak ribuan tahun lalu dengan kawasan yang menjadi pilihan ialah tanah tinggi dan tanjung menghadap selat.

Oleh itu, tidak hairan beberapa tempat di negara ini seperti Taiping, Perak, malah Bukit Melawati dekat Kuala Lumpur, menjadi tempat persinggahan burung pemangsa.

Bagaimanapun, Tanjung Tuan mempunyai kedudukan istimewa menyebabkan Kelab Burung Oriental (OBC) meletakkan tempat ini antara 10 lokasi persinggahan utama burung pemangsa di Asia Timur.

Kalangan pakar burung berpendapat bahawa burung pemangsa memerlukan termal, iaitu udara panas dari bahang matahari yang menimpa daratan untuk terbang di udara.

Termal dari tanah tinggi dan kawasan rendah membolehkan burung meluncur ke angkasa dan meneruskan perjalanan.
Selepas suatu tempoh tertentu, proses mendapatkan termal berulang hingga tiba di destinasi.

Ibarat sebuah kereta yang hendak memulakan perjalanan jauh melalui lebuh raya, begitulah burung pemangsa.

Haiwan ini yang datang dari Sumatera melintasi Selat Melaka dan selepas melalui udara sejuk memerlukan termal untuk perjalanan lebih jauh.

Tempat yang paling hampir di tanah besar Asia dengan Sumatera ialah Tanjung Tuan menyebabkan tanjung bertuah ini menjadi pilihan helang untuk berehat dan mendapatkan termal.

Berbeza dengan tempat persinggahan lain di Asia Timur, Tanjung Tuan dikelilingi kawasan yang maju dan berhampiran Port Dickson menyebabkan tempat ini menjadi tumpuan pencinta burung untuk menyaksikan fenomena alam ini.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan serta pelbagai agensi kerajaan lain dan sektor swasta mengadakan Minggu Melihat Burung Pemangsa atau RWW (Raptor Watch Week).

Bermula sejak tahun 2000, RWW ke-9 pada tahun ini diadakan di Tanjung Tuan pada 15 dan 16 Mac lalu.

Presiden MNS, Anthony Sebastian, berkata RWW kini menjadi program yang semakin mendapat tempat di kalangan pencinta burung bukan saja di negara ini, malah seluruh dunia.

Katanya, RWW adalah satu-satunya program melihat burung pemangsa di Asia Tenggara, manakala Tanjung Tuan disenaraikan sebagai lokasi burung pemangsa utama oleh BirdLife International, National Geographic Society dan Hawk Mountain.
  
Peminat burung menggunakan teropong
melihat aksi burung helang diTanjung Tuan, melaka.

Peminat burung mengunjungi ke rumah

api, Tanjung Tuan, Melaka.

PENGUNJUNG melihat dari dekat burung
helang di Tanjung Tuan.
“Matlamat MNS ialah meningkatkan kesedaran di
kalangan rakyat mengenai keajaiban alam yang
berlaku di negara ini. Pada masa sama, kita mahu
melindungi Tanjung Tuan sebagai hutan hujan
tropika pantai yang amat berharga kepada negara,” katanya.
Anthony berkata, melindungi Tanjung Tuan bermakna

tempat persinggahan burung pemangsa sejak
ribuan tahun lalu akan berterusan.

Selain itu, katanya masyarakat perlu dididik mengenai

isu perubahan iklim yang sedikit sebanyak akan
menjejaskan Tanjung Tuan dan penghijrahan
burung pemangsa secara keseluruhan.

Tahun ini, dianggarkan kira-kira 3,000 pengunjung

luar negara sejauh Austria, Sweden, United Kingdom
dan Amerika Syarikat serta tidak ketinggalan negara
jiran tetangga seperti Singapura dan Thailand,
mengunjungi Tanjung Tuan.

Berbekalkan pelbagai jenis teropong dan

kamera, pencinta burung menunggu di tempat
strategik dan menjelajah kawasan hutan untuk
menyaksikan kehadiran burung pemangsa yang
kadang-kadang terbang rendah.
Bagaimanapun, masa terbaik adalah antara 11

pagi hingga 3 petang, iaitu ketika burung pemangsa
mendapatkan termal. Bagaimanapun, rekod lalu MNS
mendapati masih ada burung berterbangan kira-kira jam 6 petang.

Setiap tahun secara purata, kira-kira 20,000 ekor

burung pemangsa berlegar sekitar Tanjung Tuan dalam
tempoh dua minggu. Tahun ini, kira-kira 17,000 burung
dikesan, berbanding 26,000 ekor tahun lalu, manakala
pada 2006, kira-kira 19,000 ekor dilihat.

Walaupun RWW hanya selama dua hari,

peminat burung masih boleh mengunjungi
Tanjung Tuan untuk melihat kelibat burung pemangsa.
Kehadiran burung pemangsa amat penting dari

segi ekosistem kerana haiwan ini berada di
puncak rantaian makanan. Kewujudan haiwan
ini bergantung kepada keadaan ekosistem secara keseluruhan.

Penurunan bilangan burung pemangsa bermakna

ada masalah dalam ekosistem yang akhirnya akan
turut membahayakan manusia. Mengekalkan alam sekitar,
terutama Tanjung Tuan dan tempat lain di negara ini dalam
keadaan semula jadi adalah antara cara haiwan dan
manusia terus sejahtera.

INFO: Burung pemangsa
  Burung pemangsa bukan hanya helang (eagle).
Haiwan ini sebenarnya mempunyai pelbagai nama lain
mengikut saiz haiwan itu. Helang biasanya mempunyai
saiz besar, kepak lebar dan kaki besar.
  Hawk juga adalah helang, tetapi saiz sederhana,
manakala Kite adalah helang yang mempunyai
kepak panjang dan kaki lemah. Buzzard pula helang
yang mempunyai badan besar, manakala Harrier
walaupun besar tetapi dibezakan dengan ekor panjang.
Falcon adalah helang bersaiz kecil, manakala burung
hering dikenali dengan kepala botak dan leher tidak
berbulu. Burung hantu juga termasuk dalam kategori
burung pemangsa.
  Burung pemangsa mencari makanan
menggunakan kelebihan fizikal seperti penglihatan
tajam, kuku sangat tajam dan ketangkasan di udara.
  Ada 25 spesies yang berhijrah ke Malaysia.
  Sebanyak 421 spesies di seluruh dunia
dengan 288 adalah spesies siang hari dan 133 malam hari.
  Malaysia mempunyai 46 spesies tempatan.
  Helang Tompok Besar adalah spesies
penghijrah terbesar di Malaysia, manakala
Kite Hitam adalah spesies tempatan terbesar.
  Spesies penghijrah terkecil adalah Eurasian
Kestrel, manakala spesies tempatan terkecil ialah
Falcon Peha Hitam.
  Makanan burung pemangsa termasuk tikus,
ayam, burung lain, burung pemangsa lebih kecil, larva
lebah, serangga dan reptilia.
  Lima spesies utama burung pemangsa yang boleh
dilihat di Tanjung Tuan selepas menyeberangi Selat
Melaka adalah Buzzard Lebah Timur (Pernis ptilorhyncus),
Helang Baza Hitam (Aviceda leuphotes), Lang Sewah
Jepun (Accipiter gularis), Lang Sewah Cina
(Accipiter soloensis) dan Buzzard Kepala Kelabu
(Butastur indicus).

  Tanjung Tuan adalah milik Melaka, tetapi

terletak dalam Negeri Sembilan. Kira-kira 16 kilometer

di selatan Port Dickson.

 

 

 

 

http://www.jpvpk.gov.my/html/news/

archives/Malay/berita/Mac08%2023.htm

BURUNG HELANG


 


Assalamualaikum,

Setelah aku mengkaji terdapat kebaikan sifat-sifat burung helang yang jarang kita ketahui, walhal kita jarang melihat burung tersebut. Kalau korang perasan kenapa tentera Amerika meletakkan gambar burung helang pada logo tentera mereka? Sudah tentu ada kebaikan yang tersirat di sebalik logo burung helang.

Antara kebaikan sifat-sifat burung helang ialah berani, yakin dan bijak bertindak. Betul ke ni? Teruskan membaca ye.

1. Berani: Burung helang memiliki sifat berani yang sangat tinggi, contoh cuba korang lihat di mana burung tu buat sarang. Sudah tentu di puncak gunung yang tinggi. Peh... belum ada binatang berani buat sarang di puncak gunung yang tinggi.

2. Yakin: Selepas buat sarang di puncak gunung, sudah tentu dia akan bertelur dan bakal menimang cahaya mata. Selepas anak burung menetas dan semakin membesar, si ibu burung tersebut tidak mengajar anaknya terbang. Apabila sampai tahap yang dijangkakan, si ibu akan menyepak (Free kick) anaknya jatuh dari sarang yang tinggi tadi, tetapi si ibu yakin anaknya akan terbang semula naik ke atas. Ternyata anaknya naik semula ke sarang. Begitulah keyakinan burung helang.

3. Bijak Bertindak: Ketika burung helang terbang dalam cuaca hujang, burung tersebut tidak mengalami kebasahan. Apa pulak tak basah? Dia guna baju hujan ke? Sebenarnya burung helang akan terbang di atas awan semasa cuaca hujan. Kalau terbang bawah awan dah tentu kena hujan.

Ok ye, stakat tu sahaja cerita pasal burung helang, esok lusa masuk bab burung punai pulak...ha ha gurau je. Jika korang merasakan cerita ini berfaedah, korang boleh klik LIKE atau copy dan tak perlu minta izin daripada aku. Sekian terima kasih.

tahu tak anda, burung apakah paling panjang umurnya? Jeng,jeng, jeng, rasanya semuanya boleh jawab pasal dah ada kat tajuk. Ini nak ceritakan bahawa helang ini umurnya 70 tahun. Entah-entah lahir sama kita, kita yang mati dulu. Walaupun umurnya panjang tetapi keputusan itu dibuat semasa umurnya 40 tahun. Rupanya ada rahsia semasa berumur 40 tahun. Patutlah orang-orang tua kata, umur dah 40 tahun tue berubahlah, kalau malas solat, rajin-rajinkanlah. Yang baca ini umur 40 tahun tak?

Semasa umur 40 tahun burung helang perlu memilih antara 2, satu hidup lagi selama 30 tahun atau tunggu mati. Kenapa? Bila umurnya 40 tahun, kukunya sudah tumpul, kontot. Paruhnya dah terlalu panjang dan kadang-kadang ada yang dah hampir bertemu dada. Nak terbang berat kerana sayapnya berat dengan bulu yang banyak. Maka, untuk terus hidup dia perlu bermujahadah, berkorban dan menderita. Membuat perubahan yang memerlukan keberanian dan kesabaran yang tinggi. Burung helang tadi akan pergi ke bukit yang tinggi dan duduk di satu tempat di kawasan yang berbatu. Mula-mula dia akan mematuk batu sehingga paruhnya tercabut. Kemudian dalam masa 120 hari ia terpaksa tunggu paruhnya tumbuh. Setelah tumbuh ia akan mengunakan paruhnya untuk mencabut kukunya satu persatu… oohhhhhh. Bayangkan kuku kaki kita tercabut.. bagaimana? Kalau kuku kita dicabut? Subhanallah. Setelah selesai tunggu lagi sehingga kukunya tumbuh. Boleh sambung lagi? Jangan baca cerita ini sambil makan nasi.

Selepas itu, setelah kukunya tumbuh ia akan gunakannya untuk mencabut bulu-bulu dibadannya. Selepas 5 bulan bulunya tumbuh dan dia kembali kuat dan hebat meneruskan hidupnya selama 30 tahun. Subhanallah… kenapa helang begitu berani dan sanggup menghadapinya. Kerana kebenaran, bahawa selepas semuanya, hidupnya masih ada 30 tahun.

Bagaimana dengan kita, adakah berani dan sabar kita menanggung kesusahan ujian daripada Allah? Kita meningkat atau semakin lemah? Keberanian ini datang daripada kebenaran, dan kebenaran datang daripada pengetahuan. Sebab itu kita belajar untuk menjadi insan yang hebat dengan bersedia berubah, menanggung risiko. Bukan berani membabi buta membuta tuli, tetapi dengan belajar dan niat untuk kebenaran.
http://pilihan.files.wordpress.com/2008/04/eagle1.jpg?w=450&h=390