kongsi cerita2 menarik

Tuesday, February 8, 2011

Gambar Hidupan Laut Yang Indah

Korang pernah pegi snorkeling? Ala, aktiviti menyelam sambil melihat hidupan laut tu. Tak silap aku kat Pulau Kapas, aktiviti ni sangat popular dan korang boleh lihat betapa cantiknya ciptaan Tuhan di dalam air ni.
Yang tak pernah pegi snorkeling jangan sedih. Korang tetap boleh menikmati keindahan Tuhan ini. Kali ini aku nak berkongsi dengan korang keindahan dalam air ni. Usya gamabr di bawah dan lihat betapa cantiknya ciptaan Tuhan!!

Perbezaan Ikan Keli Halal dan Haram

Aku mendapat satu email tentang bagaimana nak bezakan ikan keli yang halal dan haram. Yang halal di berikan makanan yang semulajadi manakala yang haram, makanannya di perbuat daripada babi. Tujuan beri makanan yang berasaskan babi adalah untuk mempercepatkan tumbesaran.
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
·  Kepala berbentuk ‘V’
·  Bentuk badan mirip torpedo
·  Badan berwarna hitam berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
·  Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
·  Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
·  Kepala berbentuk ‘U’
·  Bentuk badan tirus
·  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
·  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
·  Digoreng tidak meletup

Ikan Berbulu Musang

Ini bukan kata-kata bidalan, tetapi ini benar-benar terjadi. Beberapa ekor ikan berbulu musang telah berjaya di tangkap dan dikatakan memang sah bulu tersebut adalah bulu ikan tersebut. Di bawah adalah gambar ikan-ikan tersebut. Hanya Tuhan sahaja mengetahui kebenaran ikan-ikan ini. Apapun selamat menikmati ikan berbulu musang.
Maklumat lanjut mengenai ikan ini, boleh di baca disini.

Ikan Keli Terbesar di Dunia di Mukah, Sarawak

Boleh aku katakan ni spesis moyang ikan keli ni dan aku rasa terbesar didunia. Korang tengok saiz je dah tau macam ikan paus jer. Gila la ni makan sebulan satu family pun tak abis tapi ada ke orang yang sanggup makan? aku tengok pun dah geli. Apa agaknya benda dia makan sampai jadi besar camtu. Boleh plak hidup dalam sungai yang etrcemar kat Malaysia ni. Hurm.. Layan je la gambar-gambar di bawah.
Tengok kepala dia besar mana tu
geli plak aku tengok
diorang nak awet letak kat zoo kot
orang boleh naik atas badan dia lagi tu.