kongsi cerita2 menarik

Tuesday, December 7, 2010

Nubhan Hilang Identiti

Tidak dinafikan Oh! Juwita menaikkan nama pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 6, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan namun dia seakan tenggelam dengan identiti sendiri. Nubhan seolah-olah terperangkap dengan bayangan lagu ciptaan 6ixth Sense dan Spider. Malah lima daripada tujuh lagu dalam album solo berjudul Langkah...Nubhan juga merupakan hasil karya kumpulan berkenaan.

Menolak dakwaan terbabit, baginya bukan satu masalah besar sekiranya lagu yang disampaikan mempunyai pengaruh 6ixth Sense dan Spider. Apa yang penting penghayatan dan cara nyanyiannya berbeza.

"Nubhan bersyukur akhirnya tiga tahun penantian berbaloi dan kini Nubhan ada produk sendiri. Lebih-lebih lagi dapat lagu yang bagus dan diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu ciptaan 6ixth Sense dan Spider. Dan bertuah sebenarnya kerana Nubhan antara artis pertama yang menerima lagu ciptaan 6ixth Sense. Tak kisah jika ada yang katakan lagu itu ada pengaruh 6ixth Sense sebab itu memang lagu mereka, namun Nubhan sampaikan dengan gaya tersendiri.

"Nubhan tak pandai bermain alat muzik dan belum bersedia mencipta lagu sendiri kerana ia bukan kerja mudah. Kami terima 45 buah lagu untuk dipilih untuk dimuatkan dalam album solo ini dan Nubhan terlibat dengan pemilihan lagu. Banyak lagu lain yang Nubhan suka namun tak bolehlah ikut kepala sendiri. Lagu yang dipilih adalah hasil persetujuan semua yang terlibat dalam pembikinan album," jelasnya yang mendapat pendidikan di sekolah Cina.

Bagi Ning Baizura yang bertanggungjawab melamar Nubhan untuk bernaung di bawah Syarikat Artistes United Record Sdn Bhd, album pertama selalunya merupakan percubaan dan Nubhan bakal mendapatkan rentak dan indentiti sendiri melalui pengalamannya selepas ini.

"Nubhan bukan seorang yang manja dan bergantung kepada orang lain. Ning tak nafikan lagu banyak terpengaruh dengan komposer namun Nubhan ada pendekatan tersendiri untuk menyampaikannya. Dia masih baru dan perlukan bimbingan dan Ning akan terus bantu dia untuk bertapak lebih kukuh dalam industri ini. Ini merupakan langkah pertama Nubhan untuk perjalanan seterusnya," ujar Ning.

Namun istimewanya Nubhan apabila dia cuba menampilkan kelainan dengan menyanyikan sebuah lagu Mandarin berjudul Ah Mei Chuo hasil ciptaan Tam Spider dan liriknya ditulis Yap Kang Heng.

ManggaOnline (MO) harus akui lagu-lagu yang terkandung di dalam Langkah...Nubhan sedap didengar dan bakal meletup di corong radio tidak lama lagi. Antara lagu pilihan MO seperti Oh! Juwita, Beri Rasa Beri Rahsia, Aku Atau Dia dan Ai Mei Chuo. Album dengan kos RM60,000 ini telahpun mula berada di pasaran sejak pertengahan Oktober lalu.

kenderaan unik.. tapi cantik

Campagna-trex-i1 (tahun 2009)

Trex

 Trex

 Trex

Trex

 Trex



Campuran moto,kereta,bot
 
Skeleton2

 RC 125 R