kongsi cerita2 menarik

Thursday, January 20, 2011

KHURAFAT Menakutkan, Syamsul Dapat Tepukan Gemuruh

Bukan sekali ManggaOnline (MO) dan teman media lain menjerit ketakutan, malah sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan diperoleh. Hanya ketakutan menyelubunyi minda. Semuanya gara-gara filem terbaru Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Syamsul Yusof.
KHURAFAT berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan. Tidak perlu adegan seksi melampau atau dialog yang sengaja mencetuskan kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam filem ini.

"Inilah pertama kali saya arahkan filem seram. Saya cuba beralih arah sebab mahu mempelajari setiap sudut konsep dan jalan cerita yang ada. Dalam Khurafat, saya cuba terapkan unsur Islamik dan visualkan ayat-ayat Al-Quran agar penonton lebih memahami apa yang cuba saya sampaikan. Khurafat memperlihatkan perkiraan manusia tak selalunya tepat, hanya Allah yang tahu apa yang telah disuratkannya.

"Elemen kejutan memang biasa dalam filem seram dan saya tak boleh elakkannya, cuma sedikit perbezaan dilakukan iaitu makhluk halus saya tonjol dan munculkan dalam bentuk lain. Saya cuba pelbagaikan bagaimana hantu itu muncul dengan mengambil contoh daripada filem Hollywood dan Asia yang lain.

"Cerita ini adalah rekaan semata-mata, namun gangguan dan babak-babak yang membabitkan hantu atau makhluk halus itu diambil daripada kisah benar daripada rakan-rakan yang pernah bekerja di hospital.

"Mengenai pengalaman saya dikafankan dan dimasukkan di dalam liang lahad, saya mengambilnya sebagai satu pengalaman baru. Tapi ibu saya pula yang risau, selepas balik daripada scene tersebut, dia meminta saya bersihkan diri sebaiknya, bimbang jika berlaku perkara tidak diingini," ujar pengarah muda ini.



Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang antara manusia dan syaitan. Manusia sebagai insan yang lemah, membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan tipu daya syaitan.

Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pembantu perubatan di sebuah hospital berkahwin dengan Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya, pasangan ini hidup aman dan bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada gangguan misteri yang berterusan.
Tanda tanya dan trauma yang melanda ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan, Anna (Sabrina Ali). Walaupun mengetahui Johan sudah berumahtangga dan bergelar suami yang sah kepada Ayshah, Anna masih terus mengganggi dan merayu Johan menerimanya semula. Setelah ditolak cintanya, Anna ditemui mati akibat bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan dan isterinya.
Apakah yang sebenarnya menghantui Johan dan Ayshah? Segalanya bakal terjawab pada 13 Januari 2011.
MO berikan 4 bintang kepada Syamsul atas Khurafat yang begitu memberansangkan. Dan tidak dapat dinafikan, pengarah muda ini sememangnya layak memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM23. Liyana Jasmay juga begitu comel dan ayu bertudung litup. Namun pujian utama harus diberikan kepada Sabrina Ali atas penghayatan dan kemampuannya membawakan watak Anna dengan begitu baik sekali.
FOTO IHSAN SKOP PRODUCTIONS

No comments:

Post a Comment