kongsi cerita2 menarik

Thursday, January 20, 2011

Farish Bawa Cinta Monyet Ke Jenjang Pelamin

Mengikat tali pertunangan pada 26 September tahun lalu, kini pelakon dan pengacara, Farish Aziz bersedia untuk bergelar suami. Dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan Zahrah pada 19 Februari ini di negeri kelahiran mereka, Sabah.
Mengakui sedang sibuk dengan pelbagai persiapan perkahwinan, Farish kini merehatkan diri daripada sebarang aktiviti seni.
“Banyak tawaran lakonan dan pengacaraan terpaksa saya tolak kerana harus menumpukan perhatian pada persiapan perkahwinan.


“Dari segi hantaran dan gubahannya, keluarga saya uruskan di sana. Tapi, saya masih sibuk menguruskan hal-hal kecil seperti membuat ujian saringan HIV dan tempahan pakaian.
“Kami sudah 14 tahun bercinta, iaitu daripada kami berusia 13 tahun dan bersekolah di tingkatan satu, Alhamdulillah, walaupun ramai yang kata, cinta di zaman sekolah dahulu hanya cinta monyet, tapi saya dan Zahrah berjaya kekalkannya sampai ke jenjang pelamin.
“Saya tak ada apa-apa petua untuk mengekalkan hubungan ni, hanya mungkin kami saling memahami dan boleh menerima keadaan masing-masing, ia menjadikan cinta kami kuat,” jelas Farish.
Dugaan Cinta Jarak Jauh
Terpaksa tinggal berjauhan, biarpun sudah bergelar suami isteri nanti, jelas Farish dia terpaksa meninggalkan isterinya selama lebih kurang setahun kerana terikat dengan kerja masing-masing.
“Zahrah baru jadi peguam di Sabah  dan susah untuk dia berpindah ke Kuala Lumpur dengan segera. Saya pula terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk teruskan kerjaya.
“Pada saya, itu bukan masalah besar bagi kami, sebab sewaktu bercinta juga kami sudah mula bercinta jarak jauh.
“Lagipun, Kuala Lumpur dan Sabah sekarang ini tidaklah terlalu jauh dan makin banyak jadual penerbangan,”cerita Farish.
Hanya majlis di Sabah
Bakal mengayakan busana milik Rizman Ruzaini sepanjang majlis persandingan dan pernikahan nanti. Kata Farish, mereka rak rancang untuk buat resepsi di Kuala Lumpur.
“Kami akan buat satu majlis sahaja di sana dan saya harap ia akan berlangsung dengan sempurna dan mengharap peminat akan tetap menyokong saya biarpun sudah berkahwin nanti,” jelas Farish yang popular dengan siri, Kau dan Aku di Astro Ria.

Foto: NOOR ASREKUZAIREY SALIM

No comments:

Post a Comment