
Lapan tahun bersiaran di Saluran Astro Ria, kini program realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia (AF) muncul kembali untuk meneruskan pencarian bakat-bakat baru seperti mana yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Namun, kemunculan AF kali ini merupakan rancangan terakhir, di mana ia tidak akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.
Mengambil keputusan untuk menutup program realiti ini setakat di musim kesembilan sahaja, pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi ini berkata, program yang saduran daripada rancangan Mexico, Le Akedemia ini terpaksa direhatkan selama-lamanya bagi memberi peluang untuk program lain ditayangkan di Astro Ria.
"Bukan kerana AF sudah tidak mempunyai peminat ataupun sudah tidak mampu untuk bersaing dengan program-program lain, tetapi ia direhatkan kerana kami mahu memberi peluang pada program-program lain untuk memulakan siarannya di Astro Ria," jelas Azlin yang juga menafikan faktor utama AF direhatkan selepas ini adalah kerana undian SMS yang semakin berkurangan.
AF9 Tampilkan Kelainan
Memberi peluang untuk orang ramai menguji bakat mereka untuk menyertai keluarga terakhir AF9, Azlin juga menjanjikan kelainan untuk setiap minggu konsert AF9 nanti.
Azlin Reza Azmi, Pengurus Saluran Astro Ria"Kami akan bawakan kejutan-kejutan menarik disetiap konsert AF9 daripada minggu pertama hinggalah terakhir, di setiap konsert akan merangkumkan kembali nastolgia-nastolgia lama sejak AF1 hingga AF8.
"Kami mengimbas kembali apa yang pernah berlaku sepanjang musim AF untuk paparan peminat-peminat setia AF, yang selama ini banyak menyokong," luah Azlin.
Ujibakat Online
Melihat pada kejayaan beberapa artis popular negara yang memulakan langkah mereka menerusi klip video yang di letakkan di dalam laman web You Tube, seperti Yuna dan Ana Raffali, AF9 turut memperkenalkan cara baru mereka untuk menjalankan ujibakat iaitu melalui online.
"Mungkin ramai yang tidak berkesempatan untuk hadir ujibakat kami ataupun tidak mempunyai masa yang banyak untuk beratur panjang ketika uji bakat berlangsung. Jadi memandang kemudahan teknologi yang semakin meluas, kami turut mengambil penyertaan mereka yang memuat turun klip video nyanyian mereka di laman web kami iaitu di www.akademifantasia.com.my," jelas Azlin.
Pengetua Erwin Gutawa?
Mengumumkan bakal mengambil pengetua yang terkenal di serantau Asia, Azlin bagaimanapun enggan memberi komen ketika ditanya sama ada komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa bakal menjadi pengetua AF9 nanti.
"Kami mahu beri yang terbaik untuk konsert terakhir ini dan menjanjikan pengetua yang terkenal di rantau Asia serta hos yang sememangnya terkenal.
"Apa yang pasti kami mahu AF9 menjadi satu memori yang indah untuk semua peminat AF," kata Azlin.
Foto: SYEFRY MONIZ
Mengikat tali pertunangan pada 26 September tahun lalu, kini pelakon dan pengacara, Farish Aziz bersedia untuk bergelar suami. Dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan Zahrah pada 19 Februari ini di negeri kelahiran mereka, Sabah.
“Dari segi hantaran dan gubahannya, keluarga saya uruskan di sana. Tapi, saya masih sibuk menguruskan hal-hal kecil seperti membuat ujian saringan HIV dan tempahan pakaian.
Dugaan Cinta Jarak Jauh
"Inilah pertama kali saya arahkan filem seram. Saya cuba beralih arah sebab mahu mempelajari setiap sudut konsep dan jalan cerita yang ada. Dalam Khurafat, saya cuba terapkan unsur Islamik dan visualkan ayat-ayat Al-Quran agar penonton lebih memahami apa yang cuba saya sampaikan. Khurafat memperlihatkan perkiraan manusia tak selalunya tepat, hanya Allah yang tahu apa yang telah disuratkannya.



Empat hari bernikah,
Dalam dalam filem ini, Irwan kembali bercinta dengan mantan pacarnya, Acha Septriasa. Bagi kedua-duanya, inllah filem terakhir mereka. Mereka tidak mahu berganding lagi kerana tak mahu timbul cerita kurang enak.
Irwan juga mengakui telah berusaha memastikan filem cinta romantik lakonan mereka akan mendapat sambutan hangat.
"Kita sudah saling mengerti bahawa di filem pasti harus profesional. Lagi pula ini filem terakhir, mainnya harus bagus," ujar Acha.
"Iya karakter Galih di sini sangat unik namun memiliki kemahuan dan rasa cinta yang besar terhadap Rantih. Awalnya saya belum diajak dan dilibatkan dalam filem ini. Pengarahnya, Mas Hanny banyak casting pelakon lain juga dan akhirnya saya dipilih. Alhamdulillah saya diberi kepercayaan," kata Irwan.