kongsi cerita2 menarik

Wednesday, November 17, 2010

TSUNAMI

Tsunami

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

tsunami melanda pantai

animasi tsunami berikutan gempa 26 Disember 2004
Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.
Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.
Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.

[sunting] Tsunami dalam sejarah

Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:
  • 2004: Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
  • 1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
  • 1976: Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
  • 1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
  • 1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
  • 1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
  • 1755: Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.

[sunting] Panduan hadapi bencana tsunami

Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami. Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain. Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh. Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat. Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.
Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami. Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.
Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai. Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai. Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan. Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan. Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana.

http://www.greatdreams.com/weather/sri-lanka-wave.jpg

http://web.mit.edu/12.000/www/m2009/teams/2/danbee_files/image001.jpg 

http://library.thinkquest.org/07aug/01953/images/2004-tsunami.jpg

No comments:

Post a Comment