Tak sempat nak berbulan madu dulu ke. Maklumlah filem itu bakal menemui penonton dalam masa terdekat. Zaskia turut menyokong sang suami dengan hadir pada majlis promosi filem itu di Planet Hollywood, Jakarta.
"Mungkin ini filem terakhir buat kita berdua. Jadi kita pasti akan kecewa kalau hasilnya nanti tidak baik. Kerana itu aku harapkan peminat akan menerimanya. Kami sudah berlakon sepenuh hati," kata Acha.
"Kita berusaha untuk mengetepikan semua (masalah) untuk filem ini. Kita mahu mengerjakan filem ini secara penuh hati kerana ini filem terakhir buat kita berdua," ujar Irwansyah pula.
Dalam Love Story Acha dan Irwan memang tampil begitu mesra seperti pasangan kekasih yang sedang dimabuk cinta. Kedua-duanya tak menjaga jarak sedikit pun.
Zaskia tidak tersinggung apabila menonton filem tersebut semasa diadakan tayangan perdana. Sebagai artis dia faham tugas suaminya yang bermain filem.
"Yang namanya filem itukan ada adegan tertentu yang romantis. Menurut saya, itu biasa dan saya harus berjiwa besar menerimanya," kata Zaskia.
Dalam filem ini Irwansyah berlakon sebagai Galih, lelaki yang realistik yang tinggal di desa bersama ibunya seorang tukang jahit. Galih kemudian memutuskan untuk pindah ke Bandung. Namun selang beberapa waktu akhirnya Galih memutuskan kembali ke kampung itu untuk melamar Rantih.
Sebelum melamar dia ingin Rantih percaya bahawa cinta bisa mengalahkan mitos-mitos itu.
Puji Zaskia di dapur
Usia pernikahan mereka baru berjalan kurang seminggu, tapi Irwansyah sudah merasakan nikmatnya berumah tangga.
“Sekarang ada orang melayan, tentu enak saja,” kata Irwan apabila ditanya kondisi selepas bergelar suami.
Sambung Irwan, saat bangun tidur, sudah tersedia nasi goreng untuk sarapannya. Pastinya beza sewaktu dia hidup membujang.
“Bangun tidur... sudah dihidangkan nasi goreng. Dia pintar masak juga tau,” puji Irwan pasal nasi goreng Zaskia.
No comments:
Post a Comment