kongsi cerita2 menarik

Sunday, January 23, 2011

Terkejut Nampak UFO

KUALA LUMPUR: “Pada mulanya saya terkejut melihat tiga objek asing berbentuk bulat seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di depan mata ketika sedang menonton televisyen sebelum meluru keluar ke balkoni rumah untuk melihat objek itu.

“Saya dan anak perempuan, Dahlia Mohd Sabran, 18, cuba memerhatikan objek itu dan mendapati ia berbentuk bulat berwarna oren yang setiap satunya mempunyai enam lampu,” kata seorang usahawan, Rozaina Masran, 42, yang melihat kejadian aneh itu ketika berehat di kondominiumnya, di Bukit Jalil.

Katanya, objek UFO itu muncul sebanyak dua kali iaitu pada jam 11 malam dan 2 pagi kelmarin, yang terbang pada ketinggian 10 meter dari rumahnya.

“Saya percaya objek itu UFO kerana ketiga-tiganya berada berdekatan antara satu sama lain tetapi tidak bertembung.

“Sekiranya kapal terbang biasa, saya rasa mereka akan musnah kerana terlalu dekat,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.

Menurutnya, UFO itu juga tidak mengeluarkan bunyi dan hanya mengeluarkan cahaya serta bergerak pantas kira-kira 10 saat naik ke angkasa.

Rozaina berkata, dia menceritakan hal itu kepada anak lelakinya, Mohd Hazril Syafik, 23, tetapi dia tidak mempercayai langsung dan mengatakan saya menipu.

“Kira-kira jam 2 pagi objek itu muncul dan tanpa berlengah anak lelaki saya terus merakamnya dengan video serta telefon bimbit.

“Kami mula mempercayai kewujudan UFO selepas melihat sendiri dalam jarak yang sungguh dekat,” katanya.

Inilah Spiderman baru

Inilah penampilan dan gaya Spiderman baru lakonan Andrew Garfield. Sekuel terbaru Spider-Man akan ditayangkan pada Julai 2012.
Peminat filem superhero itu pasti menantikan bagaimanakah gaya Garfiield membawakan watak tersebut. Sesungguhnya filem superhero masih dinantikan bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah orang dewasa yang pernah menjadi pembaca komik yang sangat populat pada tahun 1970-an itu.

Filem edaran Columbia Pictures itu menampilkan Andrew Garfield (Spider-Man), Emma Stone (Gwen Stacy), Rhys Ifans (Dr. Curt Connors/The Lizard), Martin Sheen (Ben Parker), Sally Field (May Parker), Denis Leary (George Stacy), Julianne Nicholson (Mary Parker), Campbell Scott (Richard Parker), Annie Parisse, Irrfan Khan, Miles Elliot, Charlie DePew dan lain-lain.